Saturday, December 06, 2025

BLOG SAYA

Pagi ini saya berbicara dgn isteri tercinta. Antaranya perihal penulisan kami berdua di pelbagai blog milik kami. Betapa kekadang bila revisit dan baca balik posting2 yg dipublished pada blog2 ini, saya jadi heran dan teruja, bagaimana mungkin aku pernah menulis benda2 ini? Ini anugerah Allah. Tidak ramai yg Allah bagi skil utk capture sesuatu buah fikir, memori atau keadaan itu dlm bentuk penulisan sebegini. In this case penulisan pada platform blog.

Saya selalu teruja malah rasa pelik bila membaca posting @penulisan sendiri di blog2 saya, ada 5 blog semuanya. Dan krana saya ada blog2 ini, sesekali saya membaca atau mentelaahnya kembali, maka cebisan sejarah, memori, travelog, mengembalikan nostalgia suasana semasa tika itu. Apa rasa dan imaginasi yg saya lalui. Saya manage utk pahatkan ia di blog, masya-Allah.

Penulisan saya di blog2 ini terbahagi kpd beberapa kategori. Pertama, my general perspective or thinking about life and all  drama surrounding it including current topic of interest atau subjek yg agak heavy. Ini saya capture dlm blog yg netizen tgh baca ini. Saya namakan School Of Tots (SOT). Ia merupakan blog ulung saya. The first yg menjadikan saya seorg blogger.

Blog kedua saya ialah Politikus. Krana apa? Ia bicara naratif dan hiruk pikuk politik dlm dan luar negara. Saya pisahkan supaya pembaca SOT tidak di swing kpd cerita2 politik. Maka saja juruskan penulisan yg berbau politik ke sini. Alhamdulillah blog Politikus masih kekal relevan dan berjaya mencoret isi hati dan sisi politik saya secara langsung atau pun tidak. Saya jadi agak appreciate bangat setiap kali kembali membaca atau review posting2 saya di sini.

Blog ketiga saya ialah Keringat. Blog yg bicara hobi dan aktiviti berkebun dan rutin harian atau kisah2 famili. So ia lebih bersifat personal. Niatnya utk capture momen2 indah aktiviti keluarga, laman rumah, apa yg berlaku di dlm dan luar rumah kami. Contohnya laman kami beberapa tahun dahulu ada sebtg pokok klapa pandan dan sebtg pokok klapa gading yg sgt rajin berbuah, sangat berjasa. Namun saya decide tebang sebab dah agak tinggi. Jadi image laman kami pun bertukar. Sebagai ganti saya tanam balik dua pokok mangga dan satu klapa pandan di luar pagar. Di laman dlm sebelah tepi pagar pula saya ganti tanam sepohon anak dokong, anak durian D99, dan anak pokok klapa pandan. Jadi momen2 sebegini saya capture dlm blog Keringat. Simbol penat lelah, DIY kami, mengeluarkan keringat sendiri mengusahakan rumah dlm tanam yg sejuk mata memandang. 

Blog ke-4 saya ialah Kembara OZ. Merupakan coretan travelog semasa kami beberapa bulan bermusafir di bumi OZ. Kisah2 atau posting2 tentunya mengembalikan memori dan detik2 sejarah kami di sana. Sekiranya saya tidak menulis kisah2 ini tentulah saya akan lupa dan ia bisa hilang drp memori saya begitu saja. Sebab itu sangat crucial utk saya capture the moments dan menyimpannya di blog yg mungkin satu hari dapat di baca oleh sahabat handai, sdra mara, dan kenalan di alam siber sekelian.

Blog ke-5 merupakan blog berkenaan aktiviti Surau Pernec, yg mana saya bekerja di pernec selama 16 tahun, sehingga saya mengambil vss pada tahun 2014. Di tahun2 terakhir saya di sana, saya merupakan salah seorg AJK surau. Antara aktiviti yg saya terlibat ialah menyampaikan tazkirah pagi di PA syarikat utk didengari oleh kakitangan syarikat di HQ kami di AU3 ulu klang. Saya juga terlibat dlm penganjuran ceramah bulanan dgn melibatkan penceramah yg berbeza setiap bulan. Maka saya capture poin2 penting ceramah2 ini dan tazkirah harian yg berlangsung disamping perkongsian ilmu2 bermanfaat yg lain.

Alhamdulillah. Smoga setiap blog saya ada dapat memberi sedikit sebanyak manafaat utk ummat dan menjadi saham akhirat saya.

Alhamdulillah juga kerana berkat penulisan dan catatan ilmu saya di pelbagai platform terutamanya catatan yg terpahat di blog2 saya ini telah membantu saya berjaya menghasilkan penulisan dlm bentuk buku. Terdapat lima buah buku yg telah saya terbitkan setakat ini.

@@@


Thursday, October 02, 2025

STRATEGI SUMUD FLOTILLA


Pelbagai reaksi didapati perihal misi Global Sumud Flotilla (GSF) yg membawa bantuan kemanusiaan kpd penduduk gaza yg dizalimi. Misi ini disertai lebih 50 kapal dgn 500 aktivitis daripada 44 negara. 

GSF adalah gerakan usaha maritim antarabangsa yang diterajui masyarakat awam yang dilancarkan pada pertengahan 2025 yang bertujuan untuk menembusi sekatan zionis di gaza.

Harapan agar konvoi maritim 50 kapal  ini menjadi pencetus kpd kesederan menyeluruh masyarakat dunia akan kekejaman zionis dan menjadi penggerak kpd gelombang seterusnya dan tekanan antarabangsa yg padu  terhadap zionis sehingga rakyat palestine terbela drp kekejaman zionis sehingga bumi palestine kembali bebas dan aman.


*****

Sumud Flotilla: Ada Yang Kata Useless. Hakikatnya Inilah Senjata Paling Tajam!

Ada orang sinis, mulut celupar kata Sumud Flotilla ni useless. Katanya barang pun tidak sampai dan sudah tahu kawasan perang kenapa pergi redah. Hujah mereka dangkal menilai perjuangan dengan kalkulator untung rugi sempit.

Aktivis yang menaiki kapal ini bukan naif. Mereka tahu dari awal misi ini hampir mustahil untuk menembusi kepungan G tetapi bukan bermaksud tiada peluang langsung. Mereka tahu Isbiol kawal laut, darat dan udara. Mereka tahu peluang hampir kosong. Tetapi mereka tetap berlayar.

Kenapa mereka sanggup? Kerana misi ini bukan soal logistik semata-mata. Ia soal geopolitik, soal mencipta tekanan global. Ia soal menjadikan dunia saksi bahawa ada bangsa yang dikepung hingga nafas terakhir.

Inilah bahasa politik antarabangsa. Kadangkala sesuatu misi bukan untuk mencapai matlamat secara fizikal tetapi untuk membuka mata dunia. Sumud Flotilla mengangkat isu G ke pentas dunia dengan cara yang tiada media mampu padamkan.

Apabila kapal kecil ini membawa rakyat dari pelbagai negara, mesejnya jelas: isu G bukan hanya masalah orang Arab atau umat Islam. Ia isu kemanusiaan sejagat. Bila aktivis ditahan, ia terus menjadi isu antarabangsa.

Cuba bayangkan, bila rakyat Malaysia ditangkap, kerajaan Malaysia wajib bertindak. Bila rakyat Switzerland terlibat, kerajaan Swiss tidak boleh duduk diam. Bila aktivis Sweden seperti Greta Thunberg ditahan, dunia barat yang dulunya sunyi terus bising.

Greta bukan Muslim, tetapi suaranya pernah menggoncang PBB dalam isu iklim. Kini dia ditahan dalam misi flotilla, Sweden terpaksa masuk campur. Bayangkan impak geopolitiknya. Satu nama, cukup untuk menggerakkan mesin diplomasi.

Kapal dari Switzerland pula membawa lima bendera. Bila mereka dirampas, rakyat Swiss berdemonstrasi di Geneva, malah khemah dipacak depan pejabat PBB. Pakar hak asasi PBB pun terpaksa keluarkan kenyataan mendesak keselamatan aktivis dijamin.

Inilah kejayaan sebenar flotilla. Walaupun tidak dapat menembusi blokade, mereka berjaya mengangkat isu G kembali ke muka depan. Media arus perdana barat yang selama ini mengelak, terpaksa menulis. Tekanan global makin menguat.

Mereka yang kata useless hanya lihat kotak bantuan tidak sampai. Mereka tidak nampak gelombang yang tercipta. Mereka tidak faham bahawa dalam geopolitik, simbol kadangkala lebih kuat daripada peluru.

Lihat kembali sejarah. Int**ada kedua meletus selepas dunia melihat Muhammad al-Durrah dit**bak m*ti di pangkuan bapanya. Satu detik kecil, tetapi menggegarkan sejarah. Sumud Flotilla hari ini mengulang resonansi itu.

Setiap kapal yang ditahan, setiap aktivis yang digari, sebenarnya menelanjangkan wajah Isbiol di mata dunia. Mereka kelihatan panik, takut kepada bot kecil yang membawa makanan dan ubat. Apa yang lebih memalukan daripada itu?

Bila mereka bertindak di perairan antarabangsa, mereka bukan sekadar melanggar undang-undang laut. Mereka menconteng arang pada muka sendiri. Dunia tahu mereka pengecut, hanya berani pada orang awam tidak bersenjata.

Flotilla ini bukan tentang senjata. Ia tentang solidariti. Ia tentang dunia bersatu di atas satu kapal dengan pelbagai bangsa dan agama. Inilah mesej yang mereka mahu sampaikan.

Bila rakyat dari berbelas negara ditahan, ia memaksa kerajaan mereka masuk campur. Ini bukan lagi isu rakyat semata-mata. Ini sudah menjadi isu negara dengan negara.

Setiap negara yang marah, setiap protes yang tercetus, setiap kenyataan diplomatik yang dikeluarkan, semuanya akan menambah tekanan pada Isbiol. Tekanan yang tidak akan wujud jika flotilla ini tidak berlayar.

Media adalah senjata marcapada. Flotilla ini membuktikan senjata itu masih tajam. Liputan antarabangsa yang lahir darinya lebih kuat daripada peluru kerana ia menembak ke hati nurani manusia.

Ada yang sinis berkata, “Kalau tahu gagal, kenapa pergi?”. Jawapannya mudah. Kalau semua orang fikir begitu, dunia akan kekal sunyi. Tidak ada siapa akan peduli pada G. Tidak ada siapa akan tahu betapa zalimnya kepungan itu.

Flotilla ini jadi pencetus. Ia memaksa dunia memandang. Ia memaksa pemimpin negara-negara besar membuka mulut. Ia memaksa PBB sekali lagi berdepan dengan pertanyaan tentang undang-undang antarabangsa.

Kegagalan fizikal flotilla (sekiranya ya) sebenarnya adalah kemenangan moral. Ia mengangkat isu G ke tahap global. Ia membuktikan bahawa manusia masih sanggup mempertaruhkan nyawa demi saudara yang terpenjara.

Sejarah akan menulis bahawa Sumud Flotilla 2025 tidak membawa masuk gandum atau ubat. Tetapi ia membawa masuk kesedaran ke hati berjuta manusia di seluruh dunia. Itu jauh lebih berharga.

Aktivis di atas kapal itu tidak pernah jahil tentang risikonya. Mereka tahu penjara menunggu. Mereka tahu laras senjata Isbiol mengintai. Tetapi mereka tetap belayar kerana mereka tahu ada harga yang lebih besar.

Mereka membayar dengan masa, kebebasan dan mungkin nyawa. Tetapi hasilnya adalah gelombang global yang tidak boleh dipadam. Inilah roh sebenar perjuangan.

Sumud Flotilla adalah mesej. Mesej bahawa kepungan itu tidak halal di sisi undang-undang antarabangsa. Mesej bahawa dunia tidak lagi boleh berdiam diri.

Misi ini tidak diukur pada lori bantuan yang tiba. Ia diukur pada berapa ramai yang bangkit menyuarakan bantahan selepas itu. Dan setakat ini, dunia sudah pun bising.

PMX sendiri terpaksa mengeluarkan kenyataan keras. Malaysia tidak boleh berdiam diri bila warganya ditahan. Begitu juga Sweden, Switzerland, Turki, Sepanyol. Semua terseret masuk ke gelanggang diplomasi.

Bila negara demi negara mula bersuara, Isbiol semakin tertekan. Tekanan ini menambah isolasi politik yang mereka cuba elak selama ini.

Inilah strategi. Inilah cara flotilla bekerja. Ia bukan semata-mata soal kapal kecil. Ia soal bagaimana kapal kecil boleh menggoncang rejim besar dengan cara yang paling berkesan melalui tekanan antarabangsa.

Mereka yang sinis hanya melihat permukaan. Mereka tidak nampak permainan besar di balik layar. Mereka tidak nampak bagaimana setiap tangkapan mencipta simpati baru untuk rakyat P.

Mereka lupa, setiap perjuangan besar bermula dengan langkah yang orang lain pandang remeh. Kalau ikut logik mereka, Nabi Musa tidak akan melangkah ke laut, Nabi Ibrahim tidak akan masuk ke api, Rasulullah tidak akan berhijrah.

Flotilla ini adalah langkah berani dalam sejarah moden. Ia bukan hanya tentang P. Ia tentang maruah manusia sejagat.

Hakikatnya Sumud Flotilla membuktikan bahawa kekalahan fizikal tidak bermakna kekalahan mutlak. Mereka kalah di laut tetapi mereka menang di hati dunia. Dan kemenangan inilah yang akhirnya akan meruntuhkan keangkuhan penjajah.

Penulis : Mazlan Syafie

*****
Pengorbanan para aktivis yg menyertai misi kemanusiaan ke Gaza melalui Global Sumud Flotilla adalah sangat besar. Demi rasa peduli dan tanggungjawab untuk memecah tembok kezaliman rejim zionis terhadap rakyat gaza. Lihatlah dgn matahati.  

Kejahatan satu kelompok manusia penjajah yg membunuh rakyat gaza, yg dinafikan hak untuk hidup di tanah tumpah darah mereka. Dibiar mati di bom, dibiar tersiksa dan mati tanpa makanan tanpa air.

Kutukan yg sipi2 selama ini mula bertukar menjadi kesedaran menyeluruh yg memberi tekanan kuat kpd regim buas ini. Harapnya misi global sumud flotilla ini walau disekat komando zionis di perairan antarabangsa secara tidak sah, bukan terhenti di situ. 

Harapnya misi kali ini akan terus mencipta gelombang demi gelombang seterusnya tanpa henti sehingga hancur kezaliman zionis ke atas rakyat Palestine yg sudah menjangkau jangkamasa 77 tahun.

Semoga memberi sedar yg benar, tekanan yg ada aksi, terutamanya drp negara2 besar kuasa dunia dan negara2 Islam keseluruhannya.

@@@

Monday, June 16, 2025

FIKIR DI LUAR KOTAK



Wajar di promosi budaya berfikir di luar kotak atau pemikiran kretif dalam sistem pendidikan negara. 

Sudah berlalu era one way communication, dimana guru sekadar menyampaikan kandungan silibus kpd para pelajar dan minta pelajar memberi sepenuh perhatian.

Galakkan murid bertanya soalan. Sediakan suasana untuk pelajar memberi pandangan. 

Saya suka kalau ada sesi dimana pelajar diajak ke depan kelas dan bercerita tentang apa aktiviti atau kegiatan yg dilakukan pada cuti hujung minggu. Atau diberi satu topik utk dibincang bersama. Ini bagi melatih anak2 ini better in public speaking, dan yakin dlm menyampaikan apa yg mereka fikirkan.

Saya terbaca satu posting di FB yg rasanya agak relevan dlm kontek berfikir di luar kotak. Saya kongsikan di sini bagi manfaat bersama.

*****

Seorang guru sekolah memberikan kerja rumah kepada kanak-kanak tentang pencuri — meminta mereka menulis esei mengenai topik tersebut.

Seorang pelajar pintar dari darjah 8 menulis esei berikut:
---------
Pencuri - satu perspektif.

Pencuri juga merupakan bahagian penting dalam ekonomi negara kita. Mereka menyumbang dengan ketara kepada penjanaan pekerjaan dan pembangunan negara. Anda mungkin terkejut membaca ini — izinkan saya menjelaskan sedikit tentangnya.

Peti besi, kunci, loker, almari — Semua ini dibuat kerana pencuri. Banyak kilang dan bengkel yang mengeluarkan barangan ini menyediakan pekerjaan, terima kasih kepada profesion ini.

Malah di rumah, keperluan untuk memasang gril tingkap, selak, dan pintu yang lebih kuat memberi kerja kepada tukang kayu dan buruh. Untuk perlindungan rumah, kedai, sekolah, kolej, pejabat dan kilang, adalah perlu untuk mengupah pengawal dan penjaga.

Orang ramai mendapat pekerjaan di syarikat yang membuat kamera CCTV, pengesan logam dan sistem keselamatan.  Kerana pencuri, polis, mahkamah, hakim, peguam, dan kakitangan lain juga mendapat pekerjaan.

Untuk polis - penghadang, senjata, peluru, kayu, pakaian seragam, kenderaan, dan motosikal semuanya dibeli, meningkatkan ekonomi.

Terima kasih kepada pencuri, kita mempunyai penjara, penjaga penjara, dan kakitangan penjara yang bekerja. Selain itu, apabila telefon bimbit, komputer riba, kereta, motosikal, peralatan elektrik, dompet, gincu dan barangan lain seperti dicuri — orang ramai terpaksa membelinya semula, yang meningkatkan perdagangan dan meningkatkan perniagaan.

Pencuri terkenal dan terjahat sering terlibat dalam politik, membawa kepada kecurian yang lebih besar.

Banyak lagi yang boleh dikatakan sumbangan pencuri kepada ekonomi negara kita, sememangnya amat ketara.

Nota:
Guru menganugerahkan karangan yg penuh penyelidikan ini markah penuh 100% dan memasukkan pelajar dalam senarai merit.

*****

Satu perspektif yg logik dan agak kretif telah diluahkan oleh pelajar ini. Wajar kita raikan dan appreciate pandangan sebegini dgn minda yg terbuka. 

Ahli masyarakat hendaknya peka dan interaktif dlm menangani pelbagai isu masyarakat atau isu2 semasa. Usah lagi menjadi masyarakat pak turut yg lesu dan lembik. 

Feel free utk ekspresi diri. Kepelbagaian pandangan dan pendapat wajar di raikan. Bagi menuju kpd era yg lebih matang dan terbuka.

@@@

BLOG SAYA

Pagi ini saya berbicara dgn isteri tercinta. Antaranya perihal penulisan kami berdua di pelbagai blog milik kami. Betapa kekadang bila revis...